Kerajaan Bani Umaiyah
Dari sudut bahasa,perkataan khalifah bermaksud
pengganti dan dalam konteks pemerintahan ia merujuk kepada individu yang
bertanggungjawab memimpin negara dan umat islam setelh kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w.Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah telah wujudnya seorang
pemimpin yang berupaya menunjukkan perbezaan yang ketara dalam berbanding
khalifah khalifah bani Umaiyah yang lain iaitu Khalifah Umar Abdul
Aziz.Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah yang kelapan dan berketurunan
daripada Saidina Umar al Khattab.Baginda merupakan seorang yang berperibadi
luhur dan bersih daripada sifat sifat keduniaan, keangkuhan, dan kebesaran.
sewaktu pemerintahannya, Khalifah Umar Abdul
Aziz telah mengarahkan pegawai pegawai kerajaan menjalankan polisi polisi
pemerintahan yang berasaskan al Quran dan Hadis. Bagi mana mana pegawai yang
ingkar dan tetap menjalankan pemerintahan yang bertentangan dengan al Quran dan
Hadis akan dikenakan tindakan yang tegas termasuk dilucutkan jawatan yang disandang.Hal
ini dapat dilihat apabila beliau memecat Usman bin Zaid dan Yazid bin Abu
Muslim yang mengamalkan dasar yang bertentangan serta bertentangan dengan lunas
lunas syarak.
Bagi membuat sesuatu keputusan yang berkaitan
hal hal yang menyentuh dasar dasar negara serta perkara yang berkaitan
kepentingan rakyat yang berada di bawah pemerintahannya, konsep musyawarah
telah diguna pakai untuk memutuskan keputusan. Hal ini sekaligus menghidupkan
semula prinsip syura yang pernah diamalkan semasa pemerintahan Nabi Muhammad
s.a.w dan zaman Khulafa al Rasyidin. Dengan penggunaan konsep musyawarah,
pegawai pegawai kerajaan,para sahabat serta rakyat berpeluang mengemukakan idea
demi memastikan kepentingan bersama dapat dicapai.Selain penghidupan semula
prinsip syura,Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah membahagikan negara negara
islam kepada lima daerah bagi melicinkan sistem pentadbiran. bagi setiap
wilayah,seorang gabenor atau pegawai telah dilantik bagi mentadbir wilayah
tersebut dan dibantu oleh jentera jentera kerajaan seperti Jabatan Penerangan,
Jabatan Pertahanan dan sebagainya. Beliau juga telah menetapkan bahasa Arab
merupakan bahasa rasmi kerajaan.
Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz juga dapat
dilihat apabila beliau berjaya mengubah dasar luar negara dengan menggunakan
kaedah diplomasi yang berbeza dengan khalifah bani umaiyah yang lain yang kerap
mengadakan ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan wilayah di samping menyebarkan
agama islam.Kaedah diplomasi yang digunakan
bersesuaian dengan peribadi baginda yang tidak suka melihat pertumpahan darah
di kalangan manusia.Disebabkan kaedah diplomasi yang digunakan, tentera islam
yang diarahkan mengepung kota Constantinople sebelum ini telah ditarik balik
dan sebagai gantinya,beliau telah menghantar para pendakwah ke seluruh
semenanjung tanah arab serta di luar semenanjung tanah arab termasuk benua
Afrika dan Asia.Bagi menguatkan umat islam,beliau telah mengambil tindakan
dengan menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dan kaum
keluarganya yakni Bani Hashim yang disebarkan melalui mimbar mimbar
jumaat.Baginya,tindakan sedemikian bukan sahaja meletakkan maruah seseorang
diempat yang tidak sepatutnya malahan mendedahkan kelemahan umat islam yang
suka berbalah sesama sendiri.Cacian cacian ini telah dogantikan dengan seruan
agar umat islam berbaik-baik antara satu sama lain sekaligus menghidupkan
semula roh ukhwah islamiyyah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Sesuai dengan dasar diplomasi yang
diamalkan,Khalifah Umar Abdul Aziz telah menggalakkan perkembangan ilmu ilmu
keagamaan.Perkara ini dapat dilihat apabila masjid masjid di seluruh negara
menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan seperti di Kufah,Basrah dan Damsyik
sendiri.Selain ilmu keagamaan,ilmu duniawi juga telah berkembang seiring dengan
ilmu-ilmu hadis,tafsir,usuludidn,figh. Kemudahan biasiswa telah diberikan
kepada para pelajar yang ingin menuntut ilmu.Dengan perkembangan yang berlaku
ini telah menyebabkan lahirnya tokoh tokoh ulama seperti imam maliki dan imam
haniffa serta telah berlakunya pembukuan terhadap hadis hadis Rasulullah s.a.w.
Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz
yang adil tanpa wujud dikriminasi telah membuahkan suasana yang aman dan
harmoni di kalangan rakyat yang berbilang bangsa serta ideologi politik.Malah
boleh dikatakan semua gerakan anti bani Umaiyah telah terhenti seketika kerana
golongan ini berpuas hati dengan corak pemerintahan yang digunakan leh beliau.
TIPS: BUAT POINT FAKTA PENTING LAGI MUDAH MAHU INGAT