Saturday, 6 August 2016

CONTOH SOALAN KMK ( NOVEL SBDKL )

  1. Encik Muhammad bin Idris dikatakan mengamalkan gaya kepimpinan autokratik dalam pengurusan keluarga, masyarakat dan perniagaannya. Sejauh manakh anda bersetuju dengan pernyataan ini

  2. Encik Muhammad bin Idris mengamalkan gaya kepimpinan humanistik dalam pengurusan keluarga, masyarakat dan perniagaannya. Bincangkan.

  3. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur menyorot pelbagai persoalan kepimpinan Melayu dalam pengurusan keluarga, perniagaan dan masyarakat. Bincangkan.

  4. Pemimpin agama seolah-olah dianggap oleh sesetengah kelompok sebagai kumpulan antipembangunan (anti establishment) seperti yang digambarkan dalam Teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, walhal mereka sebenarnya bersedia melibatkan diri dan turut berperanan membangunkan masyarakat. Bincangkan.

  5. Gaya kepimpinan Encik Muhammad bin Idris dengan gaya kepimpinan Datuk Tan Chong Seng dalam pengurusan perniagaan mereka tidak jauh berbeza antara satu sama lain.
  1. Jelaskan dua persamaan dan dua perbezaan gaya kepimpinan pengurusan perniagaan kedua-dua tokoh perniagaan ini.

  2. Berikan 2 contoh atau situasi yang memerlukan pendekatan gaya kepimpinan berperikemanusiaan (humanistic leadership) dijadikan pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu konflik dalam sesebuah organisasi
  1. Gaya kepimpinn ahli politik dan gaya kepimpinan ahli perniagaan ternyata ada persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Dalam konteks pembangunan Negara, kedua-dua kelompok ini berperanan penting berpadu tenaga membangunkan Negara.
Berdasarkan teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur,
  1. Ulaskan dua persamaan dan dua perbezaan gaya kepimpinan Encik Muhammad dengan gaya kepimpinan Yang Berhoramat Mohd Yusof. (18 m)

  2. Apakah cara yang paling berkesan untuk menyatukan aliran pemikiran kedua-dua kelompok ini dalam soal integriti atau kejujuran.

    TIPS: SETIAP KESALAHAN YANG ANDA LAKUKAN MENJADIKAN JAWAPAN ANDA LEBIH MATANG DAN KUKUH!

No comments:

Post a Comment