Sunday, 7 August 2016

KARANGAN SEJARAH ( SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ )

Kerajaan Bani Umaiyah
Dari sudut bahasa,perkataan khalifah bermaksud pengganti dan dalam konteks pemerintahan ia merujuk kepada individu yang bertanggungjawab memimpin negara dan umat islam setelh kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah telah wujudnya seorang pemimpin yang berupaya menunjukkan perbezaan yang ketara dalam berbanding khalifah khalifah bani Umaiyah yang lain iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah yang kelapan dan berketurunan daripada Saidina Umar al Khattab.Baginda merupakan seorang yang berperibadi luhur dan bersih daripada sifat sifat keduniaan, keangkuhan, dan kebesaran.

sewaktu pemerintahannya, Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengarahkan pegawai pegawai kerajaan menjalankan polisi polisi pemerintahan yang berasaskan al Quran dan Hadis. Bagi mana mana pegawai yang ingkar dan tetap menjalankan pemerintahan yang bertentangan dengan al Quran dan Hadis akan dikenakan tindakan yang tegas termasuk dilucutkan jawatan yang disandang.Hal ini dapat dilihat apabila beliau memecat Usman bin Zaid dan Yazid bin Abu Muslim yang mengamalkan dasar yang bertentangan serta bertentangan dengan lunas lunas syarak.

Bagi membuat sesuatu keputusan yang berkaitan hal hal yang menyentuh dasar dasar negara serta perkara yang berkaitan kepentingan rakyat yang berada di bawah pemerintahannya, konsep musyawarah telah diguna pakai untuk memutuskan keputusan. Hal ini sekaligus menghidupkan semula prinsip syura yang pernah diamalkan semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w dan zaman Khulafa al Rasyidin. Dengan penggunaan konsep musyawarah, pegawai pegawai kerajaan,para sahabat serta rakyat berpeluang mengemukakan idea demi memastikan kepentingan bersama dapat dicapai.Selain penghidupan semula prinsip syura,Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah membahagikan negara negara islam kepada lima daerah bagi melicinkan sistem pentadbiran. bagi setiap wilayah,seorang gabenor atau pegawai telah dilantik bagi mentadbir wilayah tersebut dan dibantu oleh jentera jentera kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Pertahanan dan sebagainya. Beliau juga telah menetapkan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi kerajaan.

Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz juga dapat dilihat apabila beliau berjaya mengubah dasar luar negara dengan menggunakan kaedah diplomasi yang berbeza dengan khalifah bani umaiyah yang lain yang kerap mengadakan ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan wilayah di samping menyebarkan agama islam.Kaedah diplomasi yang  digunakan bersesuaian dengan peribadi baginda yang tidak suka melihat pertumpahan darah di kalangan manusia.Disebabkan kaedah diplomasi yang digunakan, tentera islam yang diarahkan mengepung kota Constantinople sebelum ini telah ditarik balik dan sebagai gantinya,beliau telah menghantar para pendakwah ke seluruh semenanjung tanah arab serta di luar semenanjung tanah arab termasuk benua Afrika dan Asia.Bagi menguatkan umat islam,beliau telah mengambil tindakan dengan menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dan kaum keluarganya yakni Bani Hashim yang disebarkan melalui mimbar mimbar jumaat.Baginya,tindakan sedemikian bukan sahaja meletakkan maruah seseorang diempat yang tidak sepatutnya malahan mendedahkan kelemahan umat islam yang suka berbalah sesama sendiri.Cacian cacian ini telah dogantikan dengan seruan agar umat islam berbaik-baik antara satu sama lain sekaligus menghidupkan semula roh ukhwah islamiyyah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sesuai dengan dasar diplomasi yang diamalkan,Khalifah Umar Abdul Aziz telah menggalakkan perkembangan ilmu ilmu keagamaan.Perkara ini dapat dilihat apabila masjid masjid di seluruh negara menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan seperti di Kufah,Basrah dan Damsyik sendiri.Selain ilmu keagamaan,ilmu duniawi juga telah berkembang seiring dengan ilmu-ilmu hadis,tafsir,usuludidn,figh. Kemudahan biasiswa telah diberikan kepada para pelajar yang ingin menuntut ilmu.Dengan perkembangan yang berlaku ini telah menyebabkan lahirnya tokoh tokoh ulama seperti imam maliki dan imam haniffa serta telah berlakunya pembukuan terhadap hadis hadis Rasulullah s.a.w.


Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang adil tanpa wujud dikriminasi telah membuahkan suasana yang aman dan harmoni di kalangan rakyat yang berbilang bangsa serta ideologi politik.Malah boleh dikatakan semua gerakan anti bani Umaiyah telah terhenti seketika kerana golongan ini berpuas hati dengan corak pemerintahan yang digunakan leh beliau.

TIPS: BUAT POINT FAKTA PENTING LAGI MUDAH MAHU INGAT

1 comment:

  1. The Evolution of Casino Games - DRMCD
    With every player joining an exclusive brand, one 안산 출장마사지 of 김해 출장안마 the 포천 출장마사지 biggest differences between the original and new is that the player who has won't get  Rating: 나주 출장안마 2.1 · ‎11 reviews 부천 출장안마

    ReplyDelete