Saturday, 6 August 2016

NOTA KMK ( PEMBANGUNAN NEGARA )

PEMBANGUNAN NEGARA

POLITIK
TAKRIFAN KEPIMPINAN & GAYA KEPIMPINAN

  • Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin/ keupayaan sebagai pemimpin, daya pemimpin (kamus Dewan 1994).
  • Kepimpinan juga ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi.
  • Kepimpinan memberi gambaran tentang individu yang berkuasa dan dinamik.
  • Kepimpinan @ leadership merupakan ilmu terapan daripada ilu-ilmu social.
  • Prinsip-prinsip dan rumusanya diharapkan dapat mendatangkan manfaat bagi kesejahteraan manusia.
  • Menurut Tead; Terry; Hoyt (dalam kartono, 2003), pengertian “kepimpinan” merupakan kegiatan @ seni mempengaruhi orang lain agar mahu bekerjasama yang berdasarkan pada kemampuan orang tersebut untuk membimbing orang lain dalam mencapai tujuan-tujuan yang diinginkan oleh kelompok.

Jenis-jeins Gaya Kepimpinan
  1. Gaya kepimpinan Otoiter/Authoritarian/Autokratik
  2. Gaya kepimpinan Demokratis/ Demokratik
  3. Gaya kepimpinan Bebas/ Laissez Faire
  4. Gaya kepimpinan Humanistik ( Kemanusiaan)

Gaya kepimpinan berdasarkan keperibadian:
  1. Gaya kepimpinan Karismatis
  2. Gaya kepimpinan Diplomatis
  3. Gaya kepimpinan Otoriter
  4. Gaya kepimpinan Moralis/Agama

Gaya Kepimpinan Authoritarian/Autokratik
  • Gaya pemimpin yang memusatkan segala keputusan dan kebijakan yang diambil dari dirinya sendiri secara penuh. Segala pembahagian tugas dan tanggung jawab dipegang oleh si pemimpin yang otoriter tersebut, sedangkan para bawahan hanya melaksanakan tugas yang telah diberikan.
Ciri-ciri gaya kepimpinan Autokratik
  • Pemusatan kuasa yang mutlak kepada pemimpin
  • Pembuat keputusan (decision making) ditentukan oleh pemimpin
  • Komunikasi berlangsung satu arah
  • Komunikasi berlangsung satu arah
  • Pengawasan dilakukan secara ketat
  • Arahan datang daripada pihak atasan dan menutup peluang subordinat (orang bawahan) menyampaikan cadangan/saranan
  • Lebih banyak kritik daripada pujian
  • Pimpinan menuntut kesetiaan dan prestasi sempurna
  • Tanggung jawab kecemerlangan organisasi dipikul oleh pimpinan

    " MENIRU DALAM EXAM HANYA AKAN JADIKAN ANDA BERTAMBAH LEMAH "

No comments:

Post a Comment